Menu
Pilihan raya umum Malaysia 2022 Sistem pilihan rayaPilihan raya di Malaysia dijalankan di peringkat persekutuan dan negeri. Pilihan raya persekutuan bertujuan untuk memilih ahli Dewan Rakyat, dewan rendah Parlimen, manakala pilihan raya negeri di setiap 13 negeri bertujuan memilih ahli Dewan Undangan Negeri masing-masing. Memandangkan kerajaan Malaysia mengamalkan sistem Westminster, ketua kerajaan (Perdana Menteri di peringkat persekutuan dan Menteri Besar atau Ketua Menteri di peringkat negeri) ialah individu yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dalam badan perundangan masing-masing dan ini kebiasaannya pemimpin parti atau gabungan dengan majoriti kerusi di badan perundangan.
Dewan Rakyat terdiri daripada 222 ahli, yang dikenali sebagai Ahli Parlimen. Mereka dipilih untuk penggal lima tahun. Setiap Ahli Parlimen dipilih dari satu kawasan dengan menggunakan sistem pengundian pemenang undi terbanyak. Sekiranya satu parti memperoleh majoriti kerusi, maka parti itu berhak membentuk kerajaan-, dengan pemimpinnya menjadi Perdana Menteri. Sekiranya parlimen tergantung, di mana tidak ada satu pun parti yang memperoleh majoriti kerusi, kerajaan masih dapat terbentuk melalui gabungan atau perjanjian keyakinan dan pembekalan dengan parti-parti lain. Dalam praktiknya, gabungan dan pakatan di Malaysia umumnya berlaku antara pilihan raya, dan ahli-ahli parti biasanya tidak bertanding untuk kerusi yang sama.
Umur kelayakan mengundi terkini adalah 21 walaupun umur 18 dianggap orang dewasa di Malaysia. Malaysia pada masa ini tidak mewajibkan pengundian dan pendaftaran pengundi automatik. Walaupun Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang memperuntukkan usia pengundian diturunkan kepada 18 dan untuk pendaftaran pengundi secara automatik digubal pada bulan Julai 2019, peruntukan itu belum berkuat kuasa dan sedang menunggu proklamasi oleh Yang di-Pertuan Agong. Suruhanjaya Pilihan Raya, badan yang bertanggungjawab menjalankan pilihan raya persekutuan dan negeri, berkata persiapan untuk perubahan-perubahan ini akan selesai menjelang Julai 2021. Suruhanjaya Pilihan Raya berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.
Menu
Pilihan raya umum Malaysia 2022 Sistem pilihan rayaBerkaitan
Pilihan raya umum Malaysia 2022 Pilihan raya umum Malaysia 2018 Pilihan raya umum Malaysia 2013 Pilihan raya umum Indonesia 2024 Pilihan raya umum presiden Indonesia 2024 Pilihan raya negeri Sabah 2020 Pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2024 Pilihan raya umum Malaysia 2008 Pilihan raya negeri Selangor 2018 Pilihan raya negeri Malaysia 2023Rujukan
WikiPedia: Pilihan raya umum Malaysia 2022 http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_2... http://www.spr.gov.my/ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/03/14... https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/11/22/... https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/07/16/... https://www.spr.gov.my/sites/default/files/KM%20BI... https://web.archive.org/web/20200613090719/https:/...